Monday, 28 March 2011

Two of my photo been publish at local media ( Media Permata )

PETIKAN DARIPADA MEDIA PERMATA 28/3/2011

Premis makanan sahut seruan jimatkan tenaga
Oleh Mohamad Asyramisyanie

Suasana Bandar Seri Begawan ketika kempen Earth Hour.

Kakitangan dan pelanggan CBTL menyahut baik kempen Earth Hour.
BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mac - The Coffee Bean & Tea Leaf Brunei (CBTL) semalam sama-sama menyertai Hari Bumi Sedunia 2011 dan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik.
Ketiga-tiga cawangannya di Gadong, Bandar Seri Begawan dan The Times Square menyahut baik kempen dan memadamkan semua lampu, papan tanda dan alat elektrik yang tidak diperlukan selama satu jam bermula 8.30 hingga 9.30 malam.
Menurut Pengurus Operasi CBTL, Khairul Nidzam Haji Abu Bakar: "Menyedari betapa pentingnya objektif kempen Earth Hour ini, pengurusan The Coffee Bean & Tea Leaf mengambil inisiatif menyahut seruan untuk menjayakannya kali kedua sejak 2010."
Katanya, pihak syarikat percaya hasrat yang ditunjukkan ini adalah antara usaha murni yang patut diteruskan di masa akan datang.
Pengunjung yang datang memberikan respons baik dan premis itu tetap dikunjungi ramai orang.
Khairul Nidzam berkata, pelanggan tidak mempunyai sebarang masalah untuk menikmati hidangan dalam keadaan gelap dan terdapat mereka yang menganggap ia sebagai satu persekitaran ketika menyahut kempen penjimatan elektrik ini.
CBTL turut menyertai kempen mengurangkan penggunaan beg plastik pada setiap Sabtu dan Ahad bermula semalam.
"Meskipun ada pelanggan yang agak terkejut, tetapi selepas menyedari matlamat utama kempen mereka nampaknya gembira," katanya.

No comments: